30/08/2013
Menemui Inche Ijazah
Assalamualaikum wbt sahabat !
Alhamdulillah, masih bernafas di bumi tua ini. Dah lama tak post terasa nak berkongsi la satu dua cerita kan. Almaklumlah, sibuk kerja untuk menampung kehidupan dan berkhidmat padaNya..hehe. Okay, just direct to the point. 12 Julai yang lalu keputusan kemasukan ijazah sudah pun diumumkan. Disebabkan kesibukan yang amat tambah pulak bulan puasa kan so saya tak berkesempatan nak share story pasal tu. Maka, bersesuaian dengan tajuk post ni, cek nak kabo la yang cek dengan sukacitanya ditawarkan Bacelor Senibina Lanskap di Universiti Putra Malaysia. Alhamdulillah.
At first, saya memang tak percaya la boleh dapat course tu sebab tu pilihan pertama saya dalam borang UPU tu. Dua tiga kali jugak la saya check kat internet nak pastikan yang saya tak salah baca. Finally, saya boleh hadam jugak la benda tu walaupun rasa agak pelik boleh dapat apa yang saya nak. Ni mungkin jugak ganjaran dari Allah dan ujianNya. Rasa amat bersyukur sebab masa interview tu pun macam hapee je speaking kan but inilah takdir saya. He already decided it.
Jadi, saya akan meneruskan cita-cita menjadi seorang arkitek ataupun yang sesuai dengan bidangnya. Ada jugak suara-suara yang mengatakan prospek kerjaya bidang ni boleh menjerumuskan kita ke lembah rasuah tapi saya fikir jugak, kalau dah tau banyak rasuah berlaku di kalangan arkitek or whatsoever, kita yang ada ilmu ni bertanggungjawab membanterasnya kan. Kalau semua tak nak dekati sesuatu pekerjaan yang banyak rasuah, siapa yang nak tolong menghalangnya? Kemungkaran tu wajib dicegah, bukan dengan hanya tengok dan tiada usaha mencegahnya atau melarikan diri dari mencegahnya. Tolong buka minda ya :).
Memandangkan esok saya dah nak register, lebih elok kalau saya berucap sepatah dua kata sebelum kembali sibuk dengan orientasi dan studies nanti. Maka, buat anda anda pembaca sekalian rakyat jelata, stay faith on the true path and keep obeying His order. Apa apa sekalipun atau macam mana susah sekalipun hidup yang sedang ditempuh, teruskan bergantung harap padaNya. Stay faith and apply the Islam life okay. Say no to jahiliyah! Allahuakbar!
Baiklah, dah tersemangat lebih pulak. Akhir kalam, terima kasih kerana membaca dan sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Wallahu'aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment