Assalamualaikum w.b.t sahabat!
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bercoret kali ni dan berkongsi sedikit ilmu. Baru-baru ini saya telah dipanggil untuk ditemuduga.Temuduga kerja ke? Oh tidak, masih terlalu awal untuk tu. Saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jurusan yang telah saya mohon di universiti. Rasanya tengok tajuk pun dah faham kan, jadi tak payah la saya cerita panjang-panjang.
Jurusan senibina ni kena ada skill tertentu jadi nasihat saya sebelum anda memilih jurusan ni anda perlu persiapkan diri anda dengan skill skill yang berkaitan ya. Perkongsian saya kali ni lebih kepada tips dan serba sedikit dari pengalaman saya sewaktu temuduga insyaAllah.
Senibina Rekaan Dalaman
Saya telah ditemuduga dua kali bagi jurusan ni, di USM dan Uitm. Jurusan yang sama tapi cara yang berbeza. Maka, saya akan ceritakan dulu temuduga di USM. Temuduga senibina ni memang terdiri dari 2 sesi. Pertama, ujian lukisan dan kedua, temuduga secara lisan. Semasa ujian lukisan, kami dikumpulkan di studio dan diberi satu soalan. Soalan tu meminta kami mengambarkan ruang tamu rumah masing-masing dan lukis dalam bentuk 3D diatas kertas yang disediakan. Skill yang saya maksudkan tadi amat penting disini. Kami hanya diberi tempoh 45 minit untuk menyiapkan lukisan. Selesai je ujian melukis, kami dibawa ke ruang temuduga. Semasa giliran saya penemuduga bercakap dalam bahasa Inggeris dan Melayu jadi saya tak pasti bahasa apa yang patut digunakan tapi saya ikut je penemuduga tu. Berbeza pula di Uitm, ujian lukisannya meminta kami melukis objek-objek yang telah mereka sediakan di tempat ujian. Ada la objek seperti kon, piramid, silinder, sfera semua tu. Jadi, tiru je la apa yang dah terpampang di depan mata cuma kena pandai mengolah lukisan tu jadi realistik la. Kalau tak memang plain je sebab pakai pensel 2B yang satu tu je. Temuduga lisan sama macam di USM cuma masa giliran saya penemuduganya bercakap dalam bahasa Melayu. Jadi, saya pun jawab la dalam BM.
Senibina Landskap
Saya ditemuduga untuk jurusan ni di UPM. Sesinya sama seperti temuduga senibina dalaman. Soalan ujian lukisannya macam di USM, minta kami menggambarkan dan interpret dalam bentuk lukisan perspektif/ 3D. Temuduga lisan macam biasa cuma yang ni memang kena cakap dalam Bahasa Inggeris walaupun penemuduganya cakap campur campur. Pastikan vocab banyak kalau nak ditemuduga dengan tenangnya.
Apa yang kita kena tahu untuk temuduga senibina ni?
Sediakan jawapan yang mantap dan meyakinkan sebab diaorang akan tanya kenapa ni kenapa tu kenapa bla bla bla. Soalan yang biasanya ditanya adalah berkaitan dengan jurusan yang kita mohon tu, jadi buat research banyak banyak pasal jurusan tu dan fikir alasan yang sesuai kenapa minat jurusan tu. Selain tu, kena ikut jugak perkembangan semasa atau isu-isu semasa sebab kadang-kadang dia akan selit juga soalan-soalan pengetahuan am masa temuduga. Lukisan yang kita lukis masa ujian melukis pun diaorang akan suruh kita terangkan, jadi masa lukis tu fikir-fikir la apa yang boleh diceritakan mengenai lukisan kita tu. Masa tu la diaorang akan uji pengetahuan kita pasal jurusan tu melalui apa yang kita ceritakan pasal lukisan kita. Walauapapun, benda yang paling penting adalah keyakinan diri. Kalau jawapan kita meyakinkan walaupun mengarut, insyaAllah kita akan dipertimbangkan.
Baiklah. Ini saja yang mampu saya kongsikan. Kalau ada pertanyaan insyaAllah saya akan jawab setakat yang saya tahu. Moga dapat memberi manfaat pada anda insyaAllah. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Wallahu'aklam.
Terima kasih kerana membaca :)
.jpg)
Salam . Saya pun dapat temuduga upm for senibina landscape ada any tips tak ? Soalan apa yg akan ditanya?
ReplyDelete