Pages

12/06/2013

Alam Matrikulasi


Assalamualaikum w.b.t sahabat!

Alhamdulillah, selesai sudah program matrikulasi selama setahun ni. Sekarang ni tunggu nak sambung ijazah je insyaAllah. Di kelapangan ni ingin saya kongsikan serba sedikit pengalaman saya di alam matrikulasi buat sahabat-sahabat yang mungkin akan menjejak ke matrikulasi atau nak tahu matrikulasi tu macam mana. InsyaAllah.

Baiklah. Kat mana saya patut mulakan ye? Hmm…

Okay. Mungkin saya patut ceritakan secara umum je sebab kalau nak pergi detail satu-satu longgar  pulak jari jemari saya nanti. Heh.

Susah tak belajar kat matrikulasi?
Matrikulasi ada 3 jenis jurusan. Sains, akaun dan teknikal. Masa tahun saya, sains terbahagi kepada 3 modul. Modul 1 belajar Maths, Fizik, Kimia dan Biologi. Modul 2 belajar macam modul 1 tapi Biologi digantikan dengan Sains Komputer. Modul 3 pun belajar macam modul 1 cuma Fizik digantikan dengan Sains Komputer. Matrik saya takde teknikal so saya tak tahu sangat pasal jurusan ni tapi rasanya macam sains kejuruteraan sebab ada lukisan kejuruteraan tak silap, wallahua’klam. Kalau nak kata susah tu tak sangat kut sebab dua semester je nak maintain pointer tapi kena struggle habis la. Kena always fokus dan pantas sebab silibus bertimbun nak habiskan dalam setahun. Tu kalau nak 4.0 la. Kalau abaikan kefokusan dan kepantasan mungkin 3.0 ke bawah unless anda genius. Kalau hidup nak relaks lepak chill, sorry la, matrik bukan tempatnya.

Tak sibuk ke belajar matrikulasi ni?
Sibuk tapi takdela sampai tak sempat nak solat, riadah, bersiar-siar atau ulangkaji. Sibuk dalam erti kata program-program kolej la. Yela, setahun je kan. Kena la manfaatkan waktu yang ada. Jadual memang padat. Kelas secara puratanya dari pukul 8 pagi- 4 petang tapi ada la gap untuk makan dan solat. Selepas pukul 4 petang tu ikut suka hati la nak buat apa sampai malam. Yang paling penting kena pandai urus masa. Kalau pandai urus masa, insyaAllah hidup yang terasa sibuk akan jadi lapang.

Macam mana nak sesuaikan diri dengan kesibukan matrikulasi ni?
Skill mengurus masa ni sepatutnya ada pada diri masing-masing sebab tu asset penting seorang pelajar. Kalau rasa macam tak boleh cuba buat jadual harian. Mungkin boleh membantu tapi bergantung pada diri sendiri jugak la macam mana. Lain pelajar lain tanggungjawab dan komitmennya. Ada yang aktif sukan, ada yang aktif persatuan dan ada yang kurang aktif , jadi saya rasa bergantung pada diri sendiri la macam mana nak urus diri dan masa tapi seelok-eloknya biarlah seimbang. Islam tu kan menyeluruh?

Matrikulasi ni macam universiti ke?
Dari segi kemudahan saya tak pasti tapi dari segi pembelajaran adela sikit persamaan. Kuliah akan dibuat di dewan kuliah, kelas tutoran atau praktikum dibuat di kelas macam biasa kita belajar kat sekolah cuma lokasi kelas tak tetap la. Part kuliah dan kelas jela kut sama. Kalau universiti bebas la jugak tapi matrik ni masih terikat dengan peraturan. Bab belajar matrik okey lagi sebab masih disuap, diberi nota, dirujuk and others macam cikgu sekolah tapi universiti semuanya sendirian berhad. Sendiri belajar, sendiri buat nota, sendiri buat schedule dan sendiri atur hidup. Pendek kata semuanya inisiatif sendiri la. Kiranya matrik ni masih boleh bergantung la for certain things. Tengok keadaan.

Apa yang best kat matrikulasi ni?
Bagi saya matrik ni akan jadi best bila kita tak buat masalah dengan orang. Jaga hubungan dengan pensyarah, rakan-rakan dan pekerja-pekerja di kawasan matrik, insyaAllah semua aktiviti yang kita join akan jadi best. Kalau banyak sangat haters tak tenang jugak hidup kan? Jadi, apa yang best adalah bila kita create kenangan dengan orang sekeliling kita especially roommates, classmates and besties. Kalau semedang study, tak nak berkawan tak join apa-apa tak best la hidup cenggitu kan so jalinkanlah ukhwah yang baik sesama manusia :)

Maka, setakat itu sajalah yang dapat saya kongsikan. Mungkin agak ringkas tapi harap anda dapat la sedikit gambaran matrik tu macam mana kan, insyaAllah. Pengalaman itu  ilmu. Moga perkongsian saya ada manfaatnya pada anda insyaAllah. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Wallahua’klam.

Terima kasih kerana membaca :)

No comments:

Post a Comment